Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
PEMAIN tengah Pahang, Nor Azam
Azih yang membantu skuad itu layak ke suku akhir Piala Malaysia mengakui
prestasi yang dipersembahkan bersama rakan sepasukan belum cukup mantap.
Justeru, Azam yang membantu
skuad negara meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini mahu
segala kelemahan dapat diperbaiki sebagai persediaan menghadapi Perak yang
dilihat jauh lebih hebat.
Namun katanya, kejayaan skuad
Tok Gajah mengisi slot lapan pasukan terbaik Piala Malaysia sudah cukup
melegakan kerana pengesahan itu hanya diketahui pada aksi terakhir Kumpulan A
selepas menewaskan T-Team 3-2.
“Kami harap pertemuan dengan
Perak adalah detik kebangkitan yang akan dipersembahkan terutama dari segi
prestasi untuk memastikan misi ke final piala itu menjadi kenyataan.
“Pada masa sama, kami dapat
mengulangi kejayaan Pahang muncul juara berganda Piala Malaysia pada 2013 dan
2014,” kata pemain beruumur 22 tahun itu, hari ini.
Nor Azam yang menjaringkan satu
gol ketika Pahang menewaskan T-Team 3-2 Sabtu lalu berkata, prestasinya juga
akan dipertingkatkan kerana masih belum berada pada tahap terbaik.
Pemain kelahiran FELDA Jengka
21, Maran itu menganggap masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperkemaskan
lagi skuad itu kerana Perak memiliki barisan terbaik mereka.
“Dengan prestasi semasa, kami
perlu lebih berwaspada dan memastikan perlawanan pertama berakhir dengan
kemenangan untuk melangkah ke pusingan seterusnya,” jelasnya.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Isnin, 11 September 2017 @ 3:24 PM
No comments:
Post a Comment