Ad

Saturday, 9 September 2017

Skuad belia kita tewas kepada Iraq



ARKIB : 04/11/2006

KUALA LUMPUR - Malaysia menamatkan cabaran Kejohanan Bola Sepak Belia Asia Ke-34 tanpa sebarang mata apabila kalah buat kali ketiga, 0-3 kepada Iraq dalam perlawanan Kumpulan D, semalam.

Skuad bimbingan K. Rajagopal ini turut kekal di tangga tercorot selepas aksi di Stadium Sree Kanterava, Bangalore yang hanya disaksikan kira-kira 500 penonton. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama.

Iraq memperoleh gol menerusi Mohammed Mansor, Aqeel Hameed dan Ala’a Khshen.

Sebelum ini, skuad Bawah 20 Tahun negara tewas 2-1 dan 2-0 masing-masing kepada Vietnam dan Arab Saudi sekali gus menutup pintu ke suku akhir seperti yang pernah dicapai pada 2004 di Kuala Lumpur.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan ini ialah muncul naib juara tiga kali, 1959 dan 1960 di Kuala Lumpur dan di Seoul pada 1968.

Iraq dan Arab Saudi sebaliknya mara ke suku akhir selaku juara dan naib juara Kumpulan D dengan masing-masing terikat tujuh mata.

Semalam, Saudi menewaskan Vietnam 2-0 untuk mencapai kemenangan keduanya selain seri 2-2 dengan Iraq.

Iraq akan menentang naib juara Kumpulan C, Korea Utara manakala Saudi menghadapi Jepun, juara kumpulan itu pada suku akhir, Isnin ini.

Dua lagi perlawanan suku akhir akan menemukan Korea Selatan dengan Australia dan China dengan Jordan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4sB83SZhh
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment