ARKIB : 06/04/2007
Kisah Al-Quran - Siri 35
CERITAKANLAH (hai Muhammad)
kisah Ibrahim di dalam al-Kitab (al-Quran) ini. Sesungguhnya ia adalah seorang
yang sangat membenarkan lagi seorang nabi.
Ingatlah ketika ia berkata
kepada bapanya; Wahai bapaku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak
mendengar tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun? Wahai bapaku,
sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang
kepadamu, maka ikutlah aku nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang
lurus. wahai bapaku, jangan kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
derhaka kepda Yang Maha Pemurah. Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir bahawa
kamu akan ditimpa azab daripada Tuhan Yang Maha Pemurah. Maka kamu menjadi
kawan bagi syaitan. (Maryam: 41-45)
MASYARAKAT pada zamana Nabi
Ibrahim mengamalkan ajaran paganisme. Bapa Nabi Ibrahim merupakan salah seorang
daripada penganut ajaran tersebut. Mereka menyembah patung-patung dan berhala
yang dicipta oleh mereka sendiri.
Nabi Ibrahim telah diberi
petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk membimbing masyarakatnya pada ketika itu. Pada
mulanya baginda menyampaikan dakwah kepada orang-orang yang berada paling
hampir dengannya.
Baginda telah menyebarkan
dakwah kepada bapanya sendiri. Bapanya merupakan salah seorang daripada
penyembah berhala. Nabi Ibrahim tidak mahu ayahnya berada di dalam kesesatan
buat selama-lamanya.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim
mengajak ayahnya berbincang tentang anutannya selama ini. Baginda menggunakan
cara seruan yang paling lembut agar ayahnya tidak terasa hati.
Walaupun pelbagai tentangan
diterima daripada bapanya, Nabi Ibrahim tetap meneruskan dakwahnya. Baginda
berazam untuk mengeluarkan bapanya daripada lembah kesesatan.
Penerangan yang diberikan oleh
Nabi Ibrahim amat terperinci. Baginda tidak mahu ayahnya membuat andaian yang
salah mengenai ajaran baru yang dibawanya. Setiap persoalan yang ditanya oleh
ayahnya, dijawab dengan senang hati.
Walaupun ayahnya menolak seruan
dakwahnya, Nabi Ibrahim tetap tidak berputus asa. Baginda selalu berdoa agar
Allah s.w.t. memberi petunjuk dan rahmat kepada ayahnya suatu hari nanti.
Sebagai seorang anak, Nabi
Ibrahim amat menyayangi ayahnya. Baginda tidak sedikitpun berasa gentar atau
takut apabila dimarahi oleh ayahnya. Baginda juga selalu berkata kepada
ayahnya:
Wahai ayahku, kenapalah kamu
menyembah patung-patung yang tidak berguna itu. Dia tidak boleh melihat, tidak
boleh mendengar dan tidak boleh memberi manfaat kepada kamu. Patung-patung itu,
adalah ciptaan kamu sendiri. Bagaimana ia boleh menolong kamu? Bagaimana ia
boleh memberi rezeki kepada kamu? Bagaimana ia boleh memberi kebaikan kepada
kamu?
Walaupun Nabi Ibrahim
menggunakan pelbagai cara untuk berdakwah, namun ayahnya masih tetap menolak.
Dia tidak mahu Nabi Ibrahim meneruskan niat untuk berdakwah kepadanya lalu
berkata kepada Nabi Ibrahim:
Hai Ibrahim! Berpalingkah
engkau daripada kepercayaan dan persembahanku? Dan kepercayaan apakah yang
engkau ingin ajarkan kepadaku yang menggalakkan aku untuk menganutnya?
Janganlah engkau membuatkan aku marah dan jangan cuba menderhakai aku. Jika
tidak keluarlah engkau dari rumahku ini.
Nabi Ibrahim menerima kata-kata
cacian daripada ayahnya dengan tenang sambil berkata:
Wahai ayahku! Semoga engkau
selamat. Aku akan tetap memohon keampunan bagimu daripada Allah dan tidak akan
tinggal bersama kamu dengan bersama sembahan lain selain Allah. Mudah-mudahan
aku tidak menjadi orang yang celaka dan malang dengan doaku untukmu.
Lalu Nabi Ibrahim pun keluar
dari rumah ayahnya. baginda berasa amat sedih kerana tidak berjaya menyampaikan
dakwah kepada ayahnya.
- Petikan daripada buku Untaian
366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel:
edusb@streamyx. com.
- PENGAJARAN
lJangan sesekali berputus asa
dengan melakukan sesuatu perkara.
lAnak tidak boleh menderhaka
kepada ibu bapa.
PERBENDAHARAAN KATA
*paganisme: penyembah berhala
*berhala: patung dewa-dewa
*dakwah: kegiatan menyeru dan
menyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan
INFORMASI
* Bapa Nabi Ibrahim bernama
Tarikh atau lebih dikenali dengan nama gelaran, Aazar. Dia bekerja sebagai
pengukir patung untuk dijual kepada orang ramai dan dijadikan berhala untuk
disembah.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm#ixzz4tVcwlmS2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment