KUALA LUMPUR - Sejarah kejayaan
memenangi pingat gangsa Sukan Asia di Jakarta 1962 dan Tehran 1974 mampu
dijadikan perangsang semangat skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara dalam
melakukan sesuatu yang membanggakan di Doha, bulan depan.
Ketua Kontinjen negara, Datuk
Abdullah Sani Karim berkata, skuad bimbingan Norizan Bakar ini turut digesa
mengimbas semula pencapaian tersebut sambil cuba menghampirinya sekalipun
mungkin terlalu sukar untuk mengulanginya.
Masanya sudah tiba untuk skuad
kali ini menyerlah di Doha kerana pencapaian kita sepanjang Sukan Asia lalu,
tidak kurang hebatnya, katanya ketika mengunjungi para pemain di Wisma FAM,
Petaling Jaya, semalam.
Seramai 24 pemain yang diketuai
oleh Norhafiz Zamani Misbah menjalani latihan pusat menjelang temasya ke-15 itu
dan akan menentang China, Oman dan pemenang Kumpulan B pusingan pertama di
Doha.
Norhafiz merupakan salah
seorang daripada enam pemain melebihi 23 tahun dipanggil berlatih bagi Sukan
Asia selain Azizi Mat Rose, Rudie Ramli, Azizon Kadir, Hardi Jaafar dan Eddie
Helmi Manan. Hanya tiga daripada mereka yang dibenarkan ke Doha.
Kebanyakan pelatih kali ini
turut mewakili Malaysia ketika menentang Singapura dan Pestabola Merdeka ke-38
dari Mei hingga Ogos lalu. Terbaru dipanggil berlatih ialah dua pemain Bawah 20
Tahun di Bangalore, Khyril Muhymeen Zambri dan Shafiq Rahim.
Kumpulan B membariskan
Indonesia, Singapura, Syria dan Iraq.
Malaysia akan melawan Oman pada
29 November ini sementara pusingan pertama bermula 18 November ini.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4sCTfYYV4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment