Ad

Wednesday 13 September 2017

Tuanku tetap luangkan masa walaupun tidak sihat



Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor
 Tuanku tetap luangkan masa walaupun tidak sihat
13 September 2017
Tuanku tetap luangkan masa walaupun tidak sihat   
Almarhum Tuanku Abdul Halim (kiri) ketika dipersembahkan Piala FA yang dimenangi oleh Kedah bagi tahun 2017 pada Mei lalu. Foto AHMAD ZAKI OSMAN

PEMAIN senior Kedah, Baddrol Bakhtiar mengakui beliau dan pasukan itu kehilangan peminat nombor satu pasukan tersebut, Almarhum Tuanku Abdul Halim  Mu'adzam Shah yang mangkat pada Isnin lalu

Menurutnya, Almarhum Tuanku masih mahu meluangkan masa bersama pemain-pemain Kedah walaupun baginda dalam keadaan kurang sihat.

Menurutnya, perjumpaan terakhir bersama Almarhum Tuanku bagi meraikan kejayaan Lang Merah muncul juara Piala FA 2017 di Istana Anak Bukit pada Mei lalu masih jelas terpahat di memorinya.

"Baginda masih mahu meluangkan masa untuk bersama-sama pemain walaupun Almarhum Tuanku dalam keadaan tidak sihat.

Antara pesanan terakhir Almarhum Tuanku kepada saya adalah baginda berharap saya akan terus bermain untuk Kedah tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah beliau, kata-kata tersebut merupakan pesanan terakhir Almarhum Tuanku kepadanya.

Kedah kini sedang dalam persiapan untuk menghadapi Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017 bertemu Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Jumaat ini.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 13 September 2017

No comments:

Post a Comment