Jumaat, 8 September 2017 |
10:42pm
SKUAD B-19 negara menewaskan
Timor Leste 3-0 dalam saingan peringkat Kumpulan A Kejuaraan B-18 AFF 2017 di
Stadium Aung San, Yangon, Myanmar. - Foto FAM
B-18 AFF: Malaysia benam Timor
Leste
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19
Tahun (B-19) negara meneruskan rentak cemerlang pada kempen Kejuaraan B-18 AFF
2017 apabila menewaskan Timor Leste 3-0 di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar,
sebentar tadi.
Ia adalah kemenangan ketiga
berturut-turut diraih skuad kendalian Bojan Hodak dalam saingan peringkat
Kumpulan A, selepas menang 4-1 dan 3-1 masing-masing ke atas Laos dan Singapura
sebelum ini.
Kemenangan itu menyaksikan
skuad muda negara berada di kedudukan teratas kumpulan, berkongsi sembilan mata
dengan Thailand di tangga kedua.
Pada aksi malam tadi, anak buah
Hodak tidak menunggu lama untuk berada di depan menerusi jaringan Akhyar Abdul
Rashid yang meledak gol pertama pada minit kelapan.
Keputusan itu kekal sehingga
rehat sebelum Muhammad Nurfais Johari menjaringkan gol kedua pada minit ke-56.
Lima minit kemudian, Nabil
Hakim Bokhari hampir menambah gol ketiga Malaysia, namun sepakan percumanya
sekadar menggegar palang.
Kekecewaan itu bagaimanapun ditebus
Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan yang mudah menolak masuk bola hantaran Akhyar
pada masa kecederaan babak kedua, sekali gus mengesahkan kemenangan buat skuad
negara.
Malaysia akan berdepan
KembojaAhad ini, sebelum menentang Thailand pada perlawanan terakhir kumpulan,
Selasa depan
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
8 September 2017 | 10:42pm
No comments:
Post a Comment