Ad

Friday, 15 September 2017

Lang Merah hampiri empat terakhir



Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
 
JUARA bertahan, Kedah hanya selangkah ke separuh akhir saingan Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 3-2 pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Selangor selaku juara 33 kali Piala Malaysia memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi timbal balik di Stadium Darul Aman pada 24 September ini untuk mendapat slot layak ke empat terakhir.

Pada aksi malm tadi tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pertama pelawat apabila penyerang import dari Denmark, Ken Ilso berjaya menyudahkan hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-10.

Kealpaan benteng pertahanan The Red Giants sekali lagi dihukum Ilso lima minit kemudian apabila pemain itu bijak menolak masuk untuk gol kedua Helang Merah.

Selangor cuba bangkit merapatkan jurang gol dengan beberapa gerakan dan skuad kendalian P Maniam itu terpaksa menunggu hingga m-53 apabila Rufino Segovia menanduk masuk bola hantaran Syahmi Safari.

Bagaimanapun, Helang Merah kembali menjarakkan kedudukan menerusi pemain kebangsaan, Syazwan Zainon yang menyempurnakan bola hantaran lambung Liridon Krasniqi m-68.

Selang dua minit kemudian, kedudukan berubah lagi apabila Segovia meledak gol kedua Selangor hasil hantaran pemain gantian, Andik Vermansyah.

The Red Giants dilihat melakukan asakan bertali arus ke kubu Helang Merah pada penghujung perlawanan namun tetapi gagal mendapatkan gol penyamaan.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 11:51 PM

No comments:

Post a Comment