Khamis, 21 September 2017 |
10:17am
PEMAIN Pahang, R.Kogileswaran
melayangkan badan untuk menjaringkan gol pertama ketika menentang Sarawak pada
perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Foto BERNAMA
Shaharudin puas aksi pemain
simpanan
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my
KUANTAN: Kejayaan merampas
kedudukan kedua Liga Super begitu bermakna buat skuad Pahang, selepas merakam
kemenangan 3-0, ke atas Sarawak dalam aksi di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Lebih membanggakan, kemenangan
yang membolehkan skuad Tok Gajah memintas kedudukan Kedah di tangga kedua itu
diraih hasil komitmen tinggi pemain yang majoritinya daripada kelompok yang
berada di bangku simpanan.
Bagi Penolong Jurulatih Pahang,
Ahmad Shaharuddin Rosdi - pemain yang diberi tanggungjawab selaku pemain utama
memberikan komitmen tinggi dengan mempamerkan persembahan bertenaga.
"Pemain sudah membuktikan
kesungguhan mereka, apabila diberi peluang, mereka juga setaraf dengan pemain
utama dan bersedia diserapkan pada bila-bila masa.
"Saya juga mengakui
Christie Jayaseelan dan Faisal Abdul Halim mempamerkan persembahan mantap.
Mereka banyak membantu pasukan meraih tiga mata," katanya.
CHRISTIE Jayaseelan (kiri)
meraikan jaringan golnya bersama rakan sepasukan selepas meberikan persembahan
bertenaga. - Foto FARIZUL HAFIZ AWANG
Pada perlawanan malam tadi,
tiga gol Pahang, masing-masing dua gol sumbangan Christie dan R Kogileswaran
berjaya melonjakkan skuad Tok Gajah ke tangga kedua Liga Super.
Sementara itu, Christie
mengakui bertuah dan berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi
kepercayaan kepadanya untuk berada dalam kesebelasan utama.
Katanya, dua gol dijaringkan
itu memberi motivasi kepadanya untuk terus bekerja keras selepas ini, dan
paling penting, sumbangan itu berjaya memastikan Pahang memperoleh tiga mata.
"Kemenangan ini adalah
hasil kerjasama dan komitmen tinggi rakan sepasukan," katanya
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
21 September 2017 | 10:17am
No comments:
Post a Comment