Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perjalanan
mengambil masa 79 hari dengan merentasi sembilan negara bakal dilakukan seorang
lelaki, Muhamad Che Rameli, 26, dalam meneruskan niatnya menunaikan umrah
menerusi jalan darat secara mengembara.
Muhamad yang meminati aktiviti
lasak meneruskan misi pengembaraan secara solo minggu depan menggunakan
pengangkutan awam darat sepenuhnya, malah akan bermalam di masjid atau di tepi
jalan sebelum tiba ke Makkah.
Beliau berkata, misi
menggunakan jalan darat bagi memberi peluang kepadanya menyelami budaya
masyarakat negara lain sepanjang perjalanan nanti.
“Saya akan merentasi Thailand,
Myanmar, India, Nepal, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan terakhir Arab
Saudi dengan berjalan kaki atau menaiki pengangkutan darat saja.
“Misi ini sememangnya rumit
kerana perlu melalui beberapa kawasan bergolak seperti di sempadan
India-Pakistan dan ia dilakukan demi menimba pengalaman masyarakat negara lain
yang mempunyai adat serta budaya berbeza dengan kita.” katanya.
Menurutnya, misi solo itu kali
pertama dilakukan rakyat Malaysia, sekali gus memberi inspirasi kepada anak
muda untuk menyahut cabaran supaya lebih berdaya saing dan tidak mudah
mengalah.
“Saya akui menerima kritikan
daripada beberapa pihak yang mengatakan membuat kerja gila apabila sanggup
bersusah payah mengharungi sembilan negara demi menunaikan umrah.
“Kesusahan itulah yang saya
ingin tonjolkan kepada umum kerana jika kita sanggup mengambil risiko untuk
mengharungi cabaran pasti matlamat dapat dicapai,” kata bekas penuntut
Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Katanya, perjalanan itu memakan
belanja RM20,000 merangkumi kos pengangkutan dan visa memasuki negara terbabit.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Isnin, 25 April 2016 @ 5:32 AM
No comments:
Post a Comment