PEMAIN Malaysia, Muhammad Anwar
Ibrahim (kanan) mengasak pemain Thailand, Ekanit Panya dalam perlawa
PEMAIN Malaysia, Muhammad Anwar
Ibrahim (kanan) mengasak pemain Thailand, Ekanit Panya dalam perlawanan di
Yangon malam tadi.
18 September 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More17
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Hasrat
skuad negara untuk menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 (B-18) AFC tidak
kesampaian selepas tewas 0-2 kepada Thailand yang beraksi dengan 10 pemain di
Stadium Thuwunna, Yangon hari ini.
Malaysia meraih peluang terbaik
untuk memecah kebuntuan pada minit ke-38 selepas diberikan sepakan bebas namun
percubaan Nik Akif Syahiran Nik Mat melewati palang.
Thailand kemudian mengatur
gerakan cantik dan hampir menembusi gawang Malaysia tiga minit kemudian namun percubaan
Yuthapichai Lertlum hasil hantaran Peerapat Kaminthong sedikit tersasar.
Separuh masa kedua menyaksikan
Thailand berjaya meraih dua gol dalam tempoh tiga minit bermula dengan jaringan
Eakkanit Punya pada minit ke-48 yang menanduk masuk hantaran Naravit Kaosantia.
Kapten Kritsada Kaman meledak
gol kedua pada minit ke-51 selepas menanduk masuk sepakan bebas Jaturapat
Sattham bagi memastikan kemenangan Thailand.
Ketika perlawanan rancak
berlangsung, Thailand terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Wudtichai
Kumkeam dilayangkan kad merah pada minit ke-69.
Malaysia bagaimanapun gagal
memanfaatkan kelebihan yang dimiliki, termasuk mempersiakan sepakan penalti
pada masa kecederaan apabila sepakan lemah Muhammad Zafuan Azeman tepat ke
dakapan Kantaphat Manpati
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-kempunan-juara-bawah-18-tahun-1.527807#ixzz4tDH43mlQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment