ARKIB : 02/12/2006
DOHA Nor Farhan Muhammad
sentiasa bertekad untuk menyarung jersi kuning bolasepak kebangsaan dengan
penuh rasa bangga.
Tidak pernah terlintas di
fikirannya untuk menjadi duri dalam daging kepada rakan sepasukan ketika
menentang Oman pada Rabu lepas di Stadium Khalifa di sini dan akan kekal
sebagai sejarah hitam dalam hidupnya.
Ia merupakan pengalaman
paling pahit dalam hidup saya. Tidak pernah terlintas di fikiran saya akan
menjaringkan gol sendiri.
Saya tidak diasak ketika itu,
tetapi saya mahu mengambil jalan selamat dengan cuba menyepak bola keluar
tetapi ia mengenai keting.
Saya sungguh kecewa dan rasa
bersalah, tetapi perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, kata
pemain sayap kiri Terengganu itu.
Bagaimanapun, dia bertekad
untuk menebus kesilapan itu apabila skuad negara bertemu China pada perlawanan
kedua Malaysia dalam Kumpulan E esok.
China, yang menang 1-0 ke atas
Iraq pada perlawanan pertama mereka, menjadi pilihan untuk mara ke suku akhir
bersama-sama Oman yang menerajui Kumpulan E hasil kemenangan 3-1 ke atas
Malaysia.
Saya mahu melupakan kejadian
pahit itu dan membuka buku baru. Tumpuan saya sekarang ialah menentang China.
Mereka dianggap pasukan
pilihan tetapi daripada apa yang kami lihat ketika mereka menentang Iraq, saya
yakin kami mampu memberikan saingan sengit, katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4sEmGLSOB
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment