IFWAT AKMAL CHEK KASSIM
Fadhilul Izmel Ishak
27 September 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Biarpun
hanya beraksi dua perlawanan sahaja namun itu sudah cukup untuk meyakinkan
jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada memanggil penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal
Chek Kassim menyertai kem latihan pasukan negara.
Advertisement
Powered By YuMe
Tidak menafikan terkejut dengan
pemilihannya, Ifwat berkata, dia mahu memanfaatkan peluang sebaik mungkin
biarpun menyedari bakal menerima cabaran sengit daripada dua lagi penjaga gol
untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.
“Inilah yang dinamakan rezeki.
Kalau diperhatikan sepanjang kempen Sukan SEA 2017, saya hanya main dua
perlawanan sahaja dan itu pun di peringkat kumpulan.
“Memang saya tidak sangka untuk
dapat panggilan ini sebab tahu ramai lagi penjaga gol berbakat di Malaysia.
Apabila sudah dipilih saya kena pastikan tempat dalam kesebelasan utama.
“Biarpun berdepan dengan dua
lagi penjaga gol yang berpengalaman saya fikir satu persaingan sihat akan
berlaku terhadap kami bertiga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Ifwat, 21, beraksi dua
perlawanan sepanjang kempen Sukan SEA 2017, diturunkan ketika menentang Brunei
pada 14 Ogos dan Laos (23 Ogos) bakal merebut posisi bersama dua lagi penjaga
gol iaitu Hafizul Hakim dari Perak dan Khairulazhan Khalid (Selangor).
Selain Ifwat, Vingada
menyenaraikan lima pemain skuad bawah 22 (B-22) negara iaitu pemain Johor Darul
Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang),
Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang). Seorang lagi
muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor dari JDT.
Skuad negara akan memulakan
latihan pusat di Johor bermula Sabtu ini sebagai persediaan menghadapi dua
perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium
Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Oktober ini dan Hong Kong di Stadium Hong Kong,
pada 10 Oktober.
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/vingada-panggil-ifwat-akmal-1.531267#ixzz4trCyKnl5
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment