BERNAMA
KETUA jurulatih Kelantan,
Zahasmi Ismail mengakui ketiadaan penyerang berkualiti menjadi faktor utama
menyumbang kepada pasukannya di ambang penyingkiran ke Liga Perdana musim depan
apabila hanya sekadar memperoleh enam kemenangan dalam saingan Liga Super musim
ini.
Malah pada pertemuan menentang
PKNS FC malam tadi, Kelantan hanya sekadar seri tanpa jaringan di gelanggang
sendiri.
Zahasmi berkata, masalah
penyudah memberi kesan besar kepada Kelantan apabila kebanyakan perlawanan
musim ini, pasukannya gagal menjaringkan gol.
“Kami tidak ada pemain yang
boleh menjaringkan gol berbanding pada awal musim, ketika itu pasukan mempunyai
pemain import Mohammed Ghaddar di posisi untuk menghasilkan gol.
“Saya akui pasukan terkesan
dengan kehilangan pemain itu (Ghaddar) selepas berpindah ke Johor Darul Ta’azim
dan terpaksa pasukan mengharungi baki perlawanan tanpa penyerang yang boleh
menjaringkan gol,” katanya.
Selepas 21 perlawanan, Kelantan
kini berada di zon penyingkiran apabila berada di tangga ke-11 dengan 19 mata
dan peluang untuk kekal dalam saingan Liga Super bergantung harap kepada
perlawanan terakhir menentang Melaka United pada 21 Oktober depan di Stadium
Hang Jebat, Melaka.
Zahasmi berkata, walaupun
pasukannya itu sudah berada di kelompok dua pasukan yang akan disingkirkan ke
Liga Perdana musim depan namun beliau masih yakin mereka berpeluang kekal
beraksi di Liga Super tahun depan.
Katanya Kelantan masih
berpeluang sekiranya menang ke atas Melaka United.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 28 September 2017 @ 12:52 PM
No comments:
Post a Comment