Ad

Monday 25 September 2017

Vingada tampil barisan baharu jumpa Korea Utara

Isnin, 25 September 2017 | 10:55pm
KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada senarai tujuh muka baru. - Foto Owee Ah Chun
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat aksi sebelum ini, pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada kini tampil dengan barisan baharu.

Beliau menyenaraikan tujuh pemain baru daripada 24 pemain dipanggil bagi aksi ketiga kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Pyongyang, pada Khamis depan.

Tumbang kepada Lubnan (1-2), Syria (1-2), Myanmar (0-1) dan seri tanpa jaringan ketika menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat bulan lalu, nyata menghadirkan kebimbangan di kalangan penyokong negara yang mahukan kelainan dalam barisan

Daripada senarai kali ini, Vingada atau nama jolokan The Profesor memanggil enam pemain daripada skuad bawah 22 tahun (B-22) yang memenangi perak temasya Sukan SEA bulan lalu, selain tonggak tengah Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Nazmi Faiz Mansor.

Enam pemain B-22 itu adalah penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (Johor DT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang).

Hanya 17 pemain dikekalkan manakala enam digugurkan iaitu Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (Johor DT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol, Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin (Perak) dan Nazrin Nawi (Perak).

Semua pemain akan menjalani latihan di Johor Bahru bermula Sabtu ini sebagai persediaan menghadapi Korea Utara sebelum terbang terus ke Hong Kong untuk aksi keempat kelayakan itu.

Skuad kendalian Vingada kini berada di tangga ketiga kumpulan dengan satu mata dan harus memburu kemenangan sekiranya ingin kekal bersaing merebut tiket ke pusingan akhir tahun depan.
BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 25 September 2017 | 10:55pm

No comments:

Post a Comment