Sabtu, 16 September 2017 |
6:08pm
PENANG 18 MAY 2016. Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Bojan Hodak
ketika hadir pada sesi latihan bola sepak Pulau Pinang di Padang A, Universiti
Sains Malaysia. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZALSHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
Hodak enggan fikir kejuaraan
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad
bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak enggan memikirkan soal mencipta
sejarah menjuarai Kejuaraan B-18 AFF 2017 buat kali pertama apabila pasukannya
turun berdepan Thailand pada aksi final di Stadium Thuwunna, Yangon, esok.
Hodak menjelaskan ia bagi
mengelak daripada barisan pemainnya berdepan tekanan selain sedar lawannya itu
adalah pasukan terbaik Asia Tenggara.
"Kami hanya fokus kepada
satu ke satu perlawanan dan melihat bagaimana untuk meraih kemenangan. Kami
tidak terlalu memikirkan untuk muncul juara.
"Thailand pasukan terkuat
di Asia Tenggara ketika ini. Ia akan menjadi perlawanan yang sengit, jadi kami
akan cuba buat yang terbaik untuk meraih kemenangan.
"Sebelum kejohanan, tiada
harapan tinggi diletakkan kepada kami kerana persiapan yang singkat. Jadi saya
tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada pemain," katanya, hari ini.
Malaysia belum pernah muncul
juara dalam kejohanan ini walaupun empat kali melangkah ke final pada 2003,
2005, 2006 dan 2007.
Selain itu, Hodak turut
mengakui sudah mengkaji corak permainan Thailand ketika terikat 1-1 dengan
pasukan Gajah Perang itu pada aksi peringkat Kumpulan A, Selasa lalu.
"Ya, kami tahu (kekuatan
dan kelemahan mereka), tapi dalam perlawanan sebelum ini mereka tidak
menurunkan beberapa pemain utama.
"Kami juga melakukan
latihan sepakan penalti sebagai persediaan sekiranya perlawanan tidak berakhir
dalam tempoh 90 minit seperti pertemuan dengan Myanmar, semalam," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu,
16 September 2017 | 6:08pm
No comments:
Post a Comment