BERNAMA
PELUANG Pulau Pinang untuk
mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan dilihat tertutup apabila
tewas 0-2 di laman sendiri ketika menentang T-Team di Stadium Negeri Batu
Kawan, semalam.
Ketua jurulatih Pulau Pinang
Zainal Abidin Hassan berkata, walaupun perlawanan itu disifatkan sebagai ‘hidup
dan mati’, namun anak didiknya gagal menguasai aksi selain mempersiakan semua
peluang menjaringkan gol.
“Ibarat pemain tidak membawa
kasut untuk menjaringkan gol, amat mengecewakan sekali kerana perlawanan ini
paling banyak sekali kita cipta peluang, tapi peluang terbuka pun kita
sia-siakan.
“Kalau kualiti macam ini susah
untuk bersaing dalam Liga Super,” katanya kepada wartawan selepas perlawanan itu.
Dalam perlawanan itu, T-Team
menjaringkan gol menerusi Muhammad Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-28 dan Mohd
Asrol Ibrahim (m-58).
Bagaimanapun, Zainal Abidin
berkata, skuad Harimau Kumbang akan terus berusaha dan apa yang penting ketika
ini menjaga maruah pasukan itu.
“Kami akan terus berusaha dan
ini saat saya nak lihat pemain mana yang mempunyai mental kuat untuk bermain
dalam pasukan Pulau Pinang,” katanya.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 21 September 2017 @ 10:01 PM
No comments:
Post a Comment