OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Tuhan memerintahkan Ibrahim
membawa isterinya Siti Hajar dan anak kecil kesayangannya iaitu Ismail supaya
ditinggalkan di suatu tempat bernama Mekah. Mereka ditinggalkan di tengah
padang pasir yang tidak ada tumbuhan. Mekah pada masa itu adalah lembah yang
kosong dan kering kotang.
Ibrahim berasal dari Palestin. Di Mekah
beliau meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Ismail. Apabi;a mereka
ditinggalkan di situ, Siti Hajar merasa pelik kerana di situ tidak ada air,
tidak ada makanan, tidak ada jiran yang dapat menolong bahkan tidak ada manusia
lain. Dia pula ditinggalkan berdua sahaja dengan anaknya yang masih kecil.
Semasa Ibrahim hendak meninggalkan
mereka, Siti Hajar mengekori Ibrahim dari belakang sambil bertanya mengapa
mereka ditinggalkan di situ. Adakah ini perintah Allah?. Benar jawab
Ibrahim.Sekiranya ini adalah perintah Tuhan pasti ada pembelaan dari Tuhan yang maha
baik itu.[1]
Apabila anak menagis, susu Hajar sudah
mula mengering . Berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuju pula
ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan berharap kepada Tuhan. Berkat rintihan
hati Siti Hajar yang bergantung penuh pada Tuhan, Tuhan menghantar malaikat
Jibril . dengan sayapnya Jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar
keluar apabila Ismail menghentak-hentakkan
kakinya ke bumi. Inilah sejarah telaga zamzam yang masih mengeluarkan air
sehingga ke hari ini. Telaga ini terletak berdekatan dengan bangunan Kaabah di
Mekah.
Menurut ahli-ahli sejarah , peristiwa ini
berlaku selepas empangan besar di Yaman Sadd Maarib pecah.Selepas empangan ini
pecah, suku Jurhum melalui kawasan berdekatan dengan Mekah. Mereka ternampak
burung-burung berterbangan petanda ada air di kawasan itu.Suku Jurhum suka yang
baik, mereka meminta izin daripada Siti Hajar berkongsi air. Mereka rela
membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar apabila diminta.
Selepas Ismail mula dewasa, Tuhan
memerintahkan Ibrahim dan Ismail membina Kaabah di atas tapak asal Kaabah yang
mula-mula dibina oleh adam. Kaabah sudah dibina semenjak zaman Adam lagi. Tetapi
kemudian runtuh dan terkambus. Adam adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan..
Semasa Ibrahim dan ismail siap membina
Kaabah, apabila sampai di satu penjuru, mereka mencari batu yang paling sesuai
bagi diletakkan tetapi tidak menemuinya. Pada masa itu, Tuhan menurunkan
seketil batu dari syurga. Itulah batu berwarna hitam yang disebut Hajar Aswad,
ada pada dinding Kaabah sehingga hari ini .[2]
No comments:
Post a Comment