BERNAMA
PERCATURAN Pahang untuk
memperbaiki kedudukan dalam Liga Super menjadi apabila pasukan itu menewaskan
Sarawak 3-0 malam tadi sekali gus meletakkan mereka di tangga kedua carta.
Penolong ketua jurulatih Ahmad
Shaharuddin Ahmad Rosdi berkata, keputusan itu membuktikan semua pemain dalam
skuad Tok Gajah mampu beraksi secara kompetitif termasuk pemain simpanan
mereka.
“Pada perlawanan Liga Super
malam ini kami merehatkan ramai pemain utama sebagai persediaan untuk turun
menentang Perak bagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia Ahad ini.
“Saya bangga kerana pemain
simpanan kami berjaya membuktikan mereka juga mempamerkan persembahan yang baik
selepas menang 3-0 ke atas Sarawak.
“Antara yang harus diberi
pujian Mohammad Faisal Abdul Halim kerana dia menonjolkan bakatnya dan
membuktikan dia berhak diturunkan,” katanya.
Shaharuddin berkata, penyerang
Pahang, M Kogileswaran turut menampilkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol
bagi memastikan tiga mata dalam genggaman Pahang.
“Saya berharap persembahan
cemerlang Kogileswaran menjaringkan gol dapat diteruskan pada aksi akan datang.
Untuk menentang Perak, kami enggan berasa selesa dengan keputusan lalu dan
tidak boleh memberi laluan mudah kepada lawan,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 21 September 2017 @ 1:04 PM
No comments:
Post a Comment