Sabtu, 9 September 2017 |
11:13am
SHAH ALAM 26 AUGUST 2017.
GAMBAR fail, N. Thanabalan (dua dari kanan) meraikan gol ketika menentang
Indonesia pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea KL2017 di Stadium
Shah Alam 26 Ogos lalu. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Tawaran kelab lain hanya khabar
angin - Thana
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penyerang FELCRA
FC, N Thanabalan berkata dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada
mana-mana pasukan yang dikatakan berminat menggunakan khidmatnya pada musim
depan.
Bagaimanapun, pemain kelahiran
Negeri Sembilan yang menyumbang empat gol dalam enam penampilan sulungnya di
Sukan SEA 2017 itu menegaskan, sehingga kini semua tawaran berkenaan lebih
bersifat khabar angin semata-mata.
"Setakat ini memang banyak
orang bercerita kata kelab ini dan itu mahu ambil saya bermain dengan mereka
tetapi sehingga sekarang tiada tawaran rasmi diterima oleh saya.
"Saya pun tidak pasti sama
ada kelab terbabit memang betul-betul berminat mahu saya bermain dengan mereka.
"Walaupun belum membuat
keputusan muktamad, kalau boleh saya mahu kekal bersama FELCRA FC jika kami
berjaya layak ke Liga Perdana pada musim depan," katanya ketika dihubungi
BH sebentar tadi.
Thanabalan berkata demikian
ketika mengulas laporan media bahawa banyak kelab tempatan dan luar negara
berminat mendapat khidmatnya selepas tempoh pinjamannya kepada FELCRA FC dari
Negeri Sembilan tamat pada akhir musim ini.
Justeru, Thanabalan menegaskan
FELCRA FC perlu menang perlawanan peringkat suku akhir pada 19 September ini
dan seterusnya bergelar juara Piala FAM, sekali gus mencerahkan peluang mereka
layak ke di Liga Perdana, musim depan.
Bagaimanapun, Thanabalan tidak
menolak kemungkinan beliau mungkin terpaksa berhijrah ke pasukan lain sekiranya
FELCRA FC gagal layak ke Liga Perdana.
"Jika FELCRA FC tidak
berjaya layak ke Liga Perdana saya terpaksa juga bermain untuk kelab atau
pasukan lain di Liga Perdana atau Liga Super.
"Ini perlu bagi
membolehkan saya bermain di peringkat lebih tinggi dan mencipta peluang bermain
dengan skuad Harimau Malaya yang sememangnya diidamkan oleh saya.
"Jika saya terus kekal
bersama FELCRA FC biarpun kelab ini gagal layak ke Liga Perdana, bermakna saya
tidak layak bermain dengan pasukan senior kebangsaan.
"Sebab itulah saya akan
mahu sangat FELCRA FC layak ke Liga Perdana bagi membolehkan saya terus
mengasah bakat dan menimba pengalaman mereka.
"Jika FELCRA FC layak ke
tahap lebih tinggi berbanding sekarang, buat apa saya berpindah ke kelab lain
di Liga Super atau Liga Perdana tetapi tidak dapat diturunkan kerana ada ramai
pemain import atau tempatan lebih senior di sana," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu,
9 September 2017 | 11:13am
No comments:
Post a Comment