Ad

Friday, 22 September 2017

Rasulullah menyampaikan perintah Allah



ARKIB : 23/03/2007

TIDAK ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah s.w.t. sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. (Al-Maidah: 99)

Huraian
Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling agung. Keperibadian Baginda yang luhur, amanah serta bijaksana diakui oleh kawan dan lawan. Allah s.w.t. menyatakan perkara ini di dalam al-Quran surah Al-A’raf ayat 68 yang bermaksud: Tugasku menyampaikan kepada kamu akan perintah - perintah yang diutuskan oleh Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu.

Berdasarkan kriteria-kriteria inilah segala apa yang disampaikan oleh Baginda diterimapakai oleh sebahagian besar penduduk dunia sejak dahulu hingga sekarang. Ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda meliputi permasalahan yang bersifat rohaniah dan lahiriah agar kesempurnaan hidup itu mencakupi luaran dan dalaman.

Manusia pula wajib beriman dan yakin terhadap apa jua yang dibawa oleh Baginda. Bukti keimanan itu ialah melakukan segala yang diperintah oleh Allah s.w.t. dan rasul serta meninggalkan segala bentuk larangan.

KESIMPULAN
Tidak ada seorangpun yang boleh berdolak dalih dalam perkara ini kerana Allah s.w.t. dengan sifat ilmu-Nya Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia mahupun yang dilakukan di tempat yang terbuka dan tersembunyi. Allah s.w.t. juga yang akan membalas segala amalan manusia sama ada baik ataupun buruk.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4tPic4AwO
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment