Oleh ZAZALI JAMIAN sukan@utusan.com.my
SKUAD hoki negara menentang Jerman dalam aksi
pemanas badan pertama menjelang Piala Remaja Dunia di New Delhi, kelmarin.
Malaysia kalah 2-0.
KUALA LUMPUR - Pengurus skuad
hoki remaja kebangsaan, Mirnawan Nawawi tetap berpuas hati melihat kualiti yang
dimiliki Malaysia, biarpun tewas kepada Jerman dalam aksi persahabatan
menjelang Piala Remaja Dunia di New Delhi, kelmarin.
Malaysia kalah 0-2 kepada
Jerman dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit.Semua pemain mempamer
aksi yang memuaskan dalam perlawanan persahabatan ini."Apa yang penting,
mereka mampu mendapat rentak terbaik pada setiap perlawanan."Apabila
bermulanya aksi kami pada Jumaat ini (esok), jaringan perlu diraih dan saya
percaya aspek berkaitan pukulan sudut penalti harus diberi perhatian utama
sepanjang di sini," kata Mirnawan.
Malaysia akan memulakan kempen
dengan menentang New Zealand dalam saingan Kumpulan D, esok.Selain New Zealand,
turut berada dalam kumpulan tersebut adalah England dan Afrika Selatan.Sementara
itu jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, anak-anak buahnya
harus memberi fokus kepada misi memburu kedudukan enam terbaik kejohanan.
Kata Muhammad Dharma, jika
berjaya memenuhi sasaran tersebut, ia akan membantu pasukan negara memperbaiki
ranking dunia daripada kedudukan ke-12 ketika ini."Kami telah diberi
mandat untuk menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat keenam keseluruhan
dan kami akan berusaha mencapainya."Saya berpendapat selain India ada
beberapa pasukan lain dilihat seakan sukar untuk ditundukkan antaranya ialah
Pakistan dan Australia," kata Muhammad Dharma.Beliau mengakui, tuan rumah,
India adalah pencabar paling digeruni pada Piala Dunia Remaja 2013.Katanya,
kelebihan mempunyai ramai pemain daripada skuad senior antara faktor yang mampu
membantu India untuk menjuarai kejohanan 6-15 Disember itu.
Namun, faktor tersebut bukan
penghalang Malaysia untuk merealisasikan sasaran enam terbaik.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131205/su_03/Malaysia-tetap-ada-kualiti#ixzz2mYfKbhfs
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment