Mohd. Nor Omar (duduk, kiri)
memeriksa bangkai hidupan laut berkemungkinan seekor dugong yang terdampar di
Santubong, Sarawak, semalam. - Mingguan/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA
SANTUBONG 28 Dis. - Selepas
digemparkan dengan fenomena ribuan ikan tamban naik ke darat baru-baru ini, di
Lahad Datu, Sabah, hari ini kawasan peranginan di negeri ini dikejutkan dengan
penemuan bangkai hidupan laut bersaiz gergasi.
Bangkai hidupan laut sepanjang
lebih empat meter itu ditemui di sebuah pusat peranginan Pasir Panjang di sini
iaitu 40 kilometer dari bandar raya ini pada pukul 7 pagi.
Salah seorang pekerja pusat
peranginan itu, Mohd. Hamzah Man berkata, dia terhidu bau hanyir yang kuat
sebelum menemui bangkai hidupan laut yang hampir mereput di tepi pantai
tersebut.
"Selepas terhidu bau
hanyir itu, saya dan beberapa rakan yang lain cuba mencari sampah yang mungkin
tidak dibuang dengan betul sebelum terjumpa objek besar dan panjang di tepi
pantai ini.
"Kami mendekati objek
tersebut dan mendapati itu merupakan bangkai hidupan laut yang besar, mungkin
ikan paus dan mengeluarkan bau sangat kuat," katanya.
Tambah Mohd. Hamzah, dia dan
rakan-rakannya percaya bangkai hidupan laut itu telah dipukul ombak pada awal
pagi ini kerana ketika mereka bertugas hingga tengah malam semalam tidak
terhidu atau ternampak objek tersebut.
Sementara itu, Penolong Pegawai
Perhubungan Awam Jabatan Muzium negeri, Mohd. Nor Omar ketika dihubungi
berkata, pihaknya masih belum mengetahui spesies dan jenis bangkai hidupan laut
itu, namun berkemungkinan seekor dugong.
"Pakar zoologi Jabatan
Muzium Sarawak akan membuat penyiasatan lanjut berhubung penemuan bangkai
tersebut," katanya.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131229/dn_16/Bangkai-hidupan-laut-bersaiz-gergasi-ditemui#ixzz2ooYlaxq1
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment