GUNUNG Sinabung menghamburkan
debu dan lahar panas di Karo semalam.
JAKARTA - Lebih 19,000 orang
berpindah ekoran Gunung Sinabung di Karo, Sumatera menghamburkan lahar panas,
kata seorang pegawai semalam.
Jurucakap Agensi Bencana
Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung itu sebelum ini menghamburkan
debu dan serpihan batu panas setinggi 7,000 meter ke udara sejak kelmarin.
"Gunung Sinabung kekal
berada pada tahap berjaga-jaga yang tinggi dan kami memberi amaran bahwa tiada
sebarang aktiviti dalam lingkungan lima kilometer radius dari gunung tersebut.
"Pada malam kelmarin,
seramai 19,126 orang telah meninggalkan rumah masing-masing dan kami
menjangkakan bilangan mereka akan meningkat," kata Sutopo.
Gunung tersebut merupakan salah
sebuah daripada gunung berapi yang aktif di Indonesia.
Pada Ogos lalu, lima orang terbunuh
dan ratusan lagi terpaksa berpindah selepas sebuah gunung berapi meletus di
wilayah Nusa Tenggara Timur. - AFP
SUMBER:KOSMO ONLINE 1.1.2014
No comments:
Post a Comment