Ad

Thursday, 26 December 2013

Manchester United bangkit kalahkan Hull

pemain-pemain Manchester United (dari kiri) Tom Cleverley, Ashley Young, Danny Welbeck serta Adnan Januzaj meraikan kemenangan selepas pemain Hull City, James Chester (tiada dalam gambar) menjaringkan gol sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium KC, Hull, semalam. United menang 3-2. - REUTERS
LONDON - Manchester United terpaksa bekerja keras sebelum bangkit meraih kemenangan 3-2 menewaskan Hull City di Stadium KC, semalam.

Tuan rumah terlebih dahulu meraih jaringan melalui James Chester seawal minit keempat dan David Meyler (minit 13) untuk membolehkan Hull mendahului 2-0.

Tersentak dengan jaringan tuan rumah menyebabkan United segera bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Chris Smalling pada minit ke-19 dan Wayne Rooney minit ke-26.

Bermula babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan demi serangan di dalam kotak penalti lawan masing-masing sebelum jaringan gol sendiri Chester pada minit ke-66 membolehkan United meraih kemenangan pada Boxing Day.

Ini juga adalah kemenangan kelima berturut-turut United dalam saingan liga.

Perlawanan semalam juga menyaksikan pemain tengah United, Antonio Valencia diarah keluar padang pada minit ke-90 selepas menerima dua kad kuning akibat kekasaran yang dilakukan ke atas pemain lawan.

Ketiadaan Valencia menyebabkan United terpaksa bermain dengan 10 pemain pada waktu kecederaan dan tetap berjaya mempertahankan tiga gol yang diraih untuk tiga mata penuh.

Selepas ini United akan berkunjung ke Carrow Road pada Sabtu ini untuk aksi menentang Norwich City dan sekiranya kekal meraih kemenangan maka pasukan bimbingan Moyes berpeluang untuk mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga. - AFP

RUJUKAN:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20131227/sl_01/Manchester-United-bangkit-kalahkan-Hull#ixzz2oe1gHvKn © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment