Ad

Tuesday 31 December 2013

Lela mahu tolong keluarga

Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Tidak seperti kelaziman dalam kalangan anak muda yang masih perlu ditanggung oleh orang tua saban tahun, malah segelintir daripada mereka semakin mendabik dada apabila dicurahkan dengan pelbagai kesenangan.

Bagi ratu terjun negara, Pendelela Rinong, dia kini mampu memikul tanggungjawab besar bukan seperti anak muda seusianya apabila pingat gangsa yang diraih pada Sukan Olimpik 2012 telah mengubah nasib dengan membawa sinar harapan baharu ke dalam kehidupan keluarga yang bukan berasal daripada golongan berada.

Bermulanya hari ini, tahun 2014 sudah terpahat di dalam kalendar Malaysia dan pastinya, atlet berusia 20 tahun berketurunan Bidayuh itu tidak terlepas daripada memasang azam baharu buat keluarga mahupun kariernya.

"Tahun 2014, saya berhajat menambah pendapatan keluarga saya bagi melihat mereka senang. Saya juga akan menyalurkan bantuan dalam bentuk wang kepada ayah bagi memulakan perniagaan baharu.

"Selain itu, saya berazam untuk memperbaiki pretasi dan teknik dalam persediaan menjelang Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan. Saya mahu bawa pulang pingat emas dalam acara tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, selaku penuntut dalam jurusan Sains Sukan Universiti Malaya (UM), Pandelela berharap dapat menyeimbangkan antara sukan dan akademik memandangkan jadual latihan tahun 2014 begitu padat.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140101/su_04/Lela-mahu-tolong-keluarga#ixzz2p65nq0e8 © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment