Ad

Monday 30 December 2013

Perlu dana untuk Pondok Tok Kenali

WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Disember 2013
Perlu dana untuk Pondok Tok Kenali
Perlu dana untuk Pondok Tok Kenali Bangunan Tahfiz Al-Quran dan Dewan Tok Kenali tingkat dua serta tiga masih memerlukan dana untuk menyiapkannya
KOTA BHARU - Dana dan sumbangan diperlukan bagi menggerakkan semula tapak asal pergerakan ulama serta Pondok Tok Kenali yang pernah terkenal di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian.

Penaung Masjid Tok Kenali, Lokman Ahmad berkata, Pusat Tahfiz Al-Quran dan Dewan Tok Kenali masih dalam pembinaan.

“Sekarang tingkat bawah bangunan Dewan Tok Kenali atau tingkat satu dewan serba guna ini boleh dikatakan hampir siap, cuma masih memerlukan dana bagi tingkat kedua dan ketiga," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad berkata, bagi membaik pulih ketiga-tiga bangunan tersebut iaitu pusat tahfiz dan dewan, masjid dan pondok, kira-kira RM1 juta dijangka diperlukan termasuk pembinaan pagar besi bagi keselamatan penghuni.

Katanya, pembinaan tingkat dua dewan dan Pusat Tahfiz Al-Quran Tok Kenali sudah dimulakan dengan pembinaan besi konkrit berikutan tingkat satu akan disiapkan dalam masa terdekat.

“Sebanyak RM157,000 diperuntukkan bagi pembinaan tingkat bawah dewan berkenaan dan sekarang pihak kami mencari dana bagi membolehkan kawasan sekitar Pondok Tok Kenali ini dibaik pulih," katanya.

Katanya, sumbangan dana boleh disalurkan melalui akaun Maybank 553104411293 atas nama Dewan Tok Kenali.

"Mereka yang prihatin juga boleh menghubungi talian 012-9540237 atau  09-7654666," katanya.

SUMBER RUJUKAN SINAR HARIAN ONLINE ;28.12.13

No comments:

Post a Comment