Ad

Sunday, 29 December 2013

Arsenal tutup tirai 2013 di puncak

 
JARINGAN Giroud (tengah) menerusi tandukan berjaya membantu Arsenal menewaskan Newcastle 1-0 semalam sekaligus meraih tiga mata penuh untuk kekal sebagai pendahulu Liga Perdana England.

LONDON – Arsenal menutup tirai 2013 dengan bergaya apabila kekal sebagai pendahulu Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle United pada aksi terakhir Liga Perdana England tahun 2013, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan The Gunners berjaya memintas Manchester City sekaligus kembali menghuni tangga teratas.

Penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud muncul wira buat Arsenal selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan yang berpunca daripada sepakan percuma Theo Walcott pada minit ke-65.

Walaupun Newcastle terus memperhebatkan serangan bagi mencari gol penyamaan namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel perlawanan tamat.

Tiga mata berharga itu ternyata penting buat skuad kendalian Arsene Wenger dalam usaha memburu kejuaraan trofi pertama dalam tempoh lapan tahun.

Sementara itu, Everton turut melakar kemenangan dengan menewaskan Southampton 2-1 dalam satu lagi aksi Liga Perdana England di Goodison Park, semalam.

Everton terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit kesembilan perlawanan menerusi Seamus Coleman menjadikan kedudukan 1-0 buat tuan rumah.

Namun, penyerang Sunderland, Gaston Ramirez berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol pada minit ke-71.

Berselang tiga minit kemudian, penyerang pinjaman Everton daripada Chelsea, Romelu Lukaku menjaringkan gol kemenangan skuad kendalian Roberto Martinez itu untuk membolehkan mereka melonjak ke tangga keempat liga. – Agensi

No comments:

Post a Comment