Ad

Sunday 29 December 2013

Lebih 300 atlet bina badan rebut Mr ACT 2013

29 Disember 2013
 Lebih 300 atlet bina badan rebut Mr ACT 2013
Lebih 300 atlet bina badan rebut Mr ACT 2013 Dr Sharil ketika beraksi dalam kategori Badan Cantik pada Kejohanan Bina Badan Mr. ACT 2013 di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Seramai 390 atlet bina badan dari seluruh negara bersaing bagi merebut gelaran 'Mr ACT' anjuran Pertubuhan Kebajikan Arah Cemerlang Terbilang Malaysia (A.C.T. Malaysia) di sini hari ini.

"Untuk edisi kedua kali ini, jumlah penyertaan bertambah sekali ganda.

Berbanding edisi pertama tahun lepas, seramai kira-kira 150 peserta yang mengambil bahagian.

"Jumlah penyertaan yang besar ini menunjukkan bahawa sukan bina badan di negara ini mempunyai jumlah atlet dan penggemar yang ramai," kata Presiden A.C.T. Malaysia Tuan Fazil Mohamad Dali ketika ditemui Bernama di Arena Tan Sri Hamzah, Wisma OCM di sini, hari ini.

Menurut beliau, penganjuran sukan bina badan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti A.C.T. Malaysia adalah bertujuan memberi platform kepada atlet bina badan seluruh negara peluang untuk bersaing di samping menjadi medan mencungkil bakat-bakat baru untuk sukan berkenaan.

"Kita akan sentiasa bekerjasama dengan Persekutuan Bina Badan Malaysia, begitu juga Kementerian Belia dan Sukan untuk mengketengahkan bakat-bakat baru sukan ini ke peringkat antarabangsa," kata Tuan Fazil.

Kejohanan tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Bina Badan  Malaysia dan AMS Collection itu di bahagikan kepada lima kategori iaitu Mr Badan Cantik, Bakat Baru, Mr ACT Bawah 70kg, Mr ACT 70-80kg dan Mr ACT Lebih  80kg.

Kesemua peserta yang bertanding juga akan bersaing untuk merebut juara keseluruhan untuk muncul sebagai Mr ACT 2013.

Pada kejohanan kali ini pihak penganjur buat kali pertama mengadakan Anugerah Lagenda Bina Badan Malaysia untuk menghargai sumbangan bekas atlet-atlet bina badan negara.

Penerima pertama anugerah berkenaan ialah Olahragawan Negara 1986 dan 1990,  Datuk Malek Noor, Ishak Raja Etam, Terry Gallyot, Ibrahim Shahdan dan Azlisham Zakaria. - Bernama

SINAR HARIAN ONLINE 29.12.13

No comments:

Post a Comment