MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
30 Disember 2013
Kecik Wan Zaharulnizam
(kanan) tidak hadapi masalah menyesuaikan diri dengan corak latihan yang
diterapkan jurulatih, Steve Darby dalam sesi latihan pasukan Kelantan,
baru-baru ini. - Foto: KHIRU SHALEH ABDULLAH
BEKAS pemain sayap Harimau
Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria atau turut dikenali dengan nama
timangannya, Kecik tidak mahu dibayangi kehebatan bekas pemain sayap The Red
Warriors (TRW), Indra Putra Mahayuddin, Lapor
Wan Zaharulnizam yang
kembali menyarung jersi Kelantan akan mengisi kekosongan ditinggalkan Indra
Putra di posisi sayap kiri untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Mengakui kagum dengan
kehebatan Indra Putra, Wan Zaharulnizam berharap penyokong setia Pahlawan Merah
tidak membuat perbandingan antara dia dan bekas pemain kebangsaan berusia 32
tahun itu.
“Sebagai pemain muda, saya
cukup mengagumi pengalaman dimiliki Indra Putra kerana dia telah berjaya
membawa Kelantan memenangi pelbagai kejuaraan sejak lima tahun lalu.
“Tetapi gaya permainan
Indra Putra dan saya pasti berbeza. Saya harap penyokong pasukan ini tidak
membandingkan kami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Wan Zaharulnizam mula
mencipta nama dalam arena bola sepak tempatan selaku pemain Piala Presiden
Kelantan bermula 2009 hingga 2010 sebelum dipanggil menyertai Harimau Muda B
(2010 – 2011) dan Harimau Muda A di bawah bimbingan ketua jurulatih, Datuk Ong
Kim Swee pada 2011 sehingga tahun ini.
Malah pemain bertubuh
kecil ini turut memberitahu hasratnya untuk berkongsi pengalaman sepanjang
bersama skuad pelapis negara dengan meraih kejuaraan buat Kelantan, musim
depan.
Walaupun sebelum ini
dilaporkan mahu kekal bersama skuad kendalian Kim Swee untuk semusim lagi, Wan
Zaharulnizam mengakui teruja dapat kembali menabur bakti untuk negeri
kelahirannya.
“Memang matlamat asal saya
mahu kembali ke pangkuan Kelantan. Alhamdulillah tercapai dan saya tidak sabar
untuk beraksi bersama pasukan sebaik sahaja tirai Liga-M dibuka, 18 Januari
nanti.
“Tiada istilah tempat saya
terjamin dalam pasukan biarpun pernah beraksi bersama Harimau Muda A. Saya
perlu berusaha lebih keras dan bersaing dengan pemain-pemain lain untuk merebut
posisi itu,” katanya.
Menyentuh kecederaan
pangkal paha dialaminya semasa perlawanan persahabatan antara Harimau Muda A
dengan FC Ryukyu, Wan Zaharulnizam memaklumkan, dia telah pulih sepenuhnya
daripada kecederaan itu.
SUMBER RUJUKAN SINAR
HARIAN ONLINE ;30.12.13
No comments:
Post a Comment