Ad

Friday, 27 December 2013

Christina intai emas berganda di Sukan Komanwel, Asia 2014

 CHRISTINA LOH
KUALA LUMPUR - Perenang negara, Christina Loh masih lagi dahagakan kejayaan walaupun sebelum ini telah menghadiahkan dua butir pingat emas untuk negara di Sukan SEA 2013 Myanmar yang berakhir Ahad lalu.

Menurut Christina, tidak kira mana-mana kejohanan yang disertainya dia tetap meletakkan sasaran tinggi untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan separuh akhir atau akhir.

"Tidak kira mana-mana kejohanan baik besar ataupun kecil, saya berharap dapat layak ke peringkat separuh akhir dan akhir, begitu juga di Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan berlangsung tahun depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Atlet Cemerlang Sukan SEA MOM- Sports Toto.

Jelasnya, kedua-dua Sukan Komanwel 2014 Glasgow dan Sukan Asia 2014 Incheon sama penting walaupun sebelum ini dia mempunyai pengalaman beraksi di Sukan Komanwel 2010 New Delhi

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi saya di Sukan SEA 2013 Myanmar tetapi saya sebenarnya mampu beraksi lebih baik dalam acara 100m kuak dada.

"Saya amat terkejut dengan emas kedua yang dimenangi dalam acara 200m kuak dada, kerana saya tidak menyukai acara tersebut namun berjaya mencatat masa peribadi terbaik," katanya.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131228/su_05/Christina-intai-emas-berganda-di-Sukan-Komanwel-Asia-2014#ixzz2oinb4Fue © Utusan Melayu (M) Bhd




No comments:

Post a Comment