Ad

Friday 27 December 2013

JEJAK SEJARAH DI PASIR SALAK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK R&D MERDEKA 2014
Pintu Masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak
Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh DYTM Raja Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak, pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan memorial terpenting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat Negeri Perak.[1] I

       Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingatkan betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pembunuhan Residen British, JWW Birch telah mencetuskan peperangan di antara pihak Pentadbiran Kolonial British dengan orang Melayu.[2]

       Perjananan saya menjejak sejarah bermula dengan bertolak dari Bandar Tun Razak Jengka jam 10.00 pagi ke UPSI untuk mengambil anak saya yang akan membawa kami ke Pasir salak. Projek ini merupakan persiapan awal untuk saya mengadakan pameran dan ceramah sempena Sambutan Hari Merdeka di SMKJ2. Saya mengambil masa selama dua hari iaitu hari Sabtu 21 Disember 2013 hingga Ahad 22 Disember 2013 untuk menjejak Sejarah Pasir Salak. Saya dan keluarga menginap di Pasir Salak Resort.
Pintu masuk Resort Pasir Salak
RESORT PASIR SALAK
Bergerak ke Bilik Penginapan
 Bilik 221-A Maharaja Saamah
Rumah penginapan

Kemudahan di bilik tidur
Surau berdekatan Pasir Salak Resort
 Kemudahan Kolam Renang
 Pemandangan sekitar resort
Kawasan pejalan kaki di tebing Sungai Perak





[1]Pamlet Kompleks Sejarah Pasir Salak, hlm.1
[2] ibid

No comments:

Post a Comment