ROONEY (tengah) masih mampu
meledakkan sepakan kencang walaupun dikepung pemain Hull dalam perlawanan yang
berkesudahan United menang 3-2.
LONDON - Manchester United
diarah bekerja keras terlebih dahulu sebelum mempamerkan kebangkitan ketika
menewaskan Hull City 3-2 pada aksi Liga Perdana England, malam tadi.
Pada aksi itu, United
dikejutkan dengan jaringan awal Hull - pertama menerusi James Chester pada
minit keempat.
Pasukan bimbingan Steve Bruce
terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan The Red Devils apabila David
Meyler menggandakan kedudukan buat Hull pada minit ke-13.
Kebangkitan skuad kendalian
David Moyes bermula apabila tonggak pertahanan United, Chris Smalling
menjaringkan gol pertama buat pasukan pelawat.
Berselang tujuh minit kemudian,
penyerang sensasi United, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan sekali gus
keputusan seri 2-2 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua,
United terus mengasak benteng pertahanan Hull dengan melancarkan beberapa
percubaan tepat.
Asakan The Red Devils nyata
membuahkan hasil apabila tandukan Chester tertampan masuk ke gawang sendiri
hasil hantaran dari pemain sayap, Ashley Young pada minit ke-66.
United terpaksa beraksi 10
pemain apabila Antonio Valencia diarahkan keluar padang selepas mengkasari
perancang Hull, Tom Huddlestone pada masa kecederaan.
Begitupun, ketiadaan Valencia
tidak mampu mengugat United sebagaimana juara bertahan Liga Perdana England itu
berjaya meraih tiga mata berharga terhadap Hull.
Di sebalik kejayaan tersebut,
kem United menerima perkhabaran kurang gembira apabila pemain pertahanan, Phil
Jones bakal disisih selama dua minggu gara-gara masalah kecederaan lutut.
United menerusi satu kenyataan
rasmi pada laman web, berkata, Jones bakal terlepas aksi Liga Perdana England
menentang Norwich City dan Tottenham Hotspur
Selain itu, bekas pemain
Blackburn Rovers itu juga tidak akan disenaraikan dalam skuad utama United
untuk aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Swansea City (5 Januari) dan
separuh akhir Piala Liga menentang Sunderland pada 7 Januari depan. - AFP
RUJUKAN KOSMO ONLINE 27.12.13
No comments:
Post a Comment