Hodgson terpegun aksi pemain
muda
LONDON - Pengurus England, Roy
Hodgson kagum melihat prestasi pemain muda hingga mahu mengikat mereka bagi
Piala Dunia 2014.
Pemain sayap Tottenham, Andros
Townsend, pemain tengah West Ham, Ravel Morrison serta penyerang West Brom,
Saido Berahino telah pun membuktikan kehebatan mereka pada aksi Liga Perdana
Inggeris musim ini.
Malah, kesemua pemain tersebut
akan diturunkan untuk mewakili England pada aksi persahabatan menentang Denmark
pada Mac depan di Wembley.
"Saya dapat lihat pada
ketika ini ramai pemain muda England yang mampu mengalas tugas dengan baik pada
Piala Dunia nanti.
"Saingan dalam kalangan
pemain untuk mendapatkan tempat bersama skuad kebangsaan England juga amat
sengit.
"Saya berharap bakat
pemain yang cemerlang ini dapat dikekalkan dan menyimpannya untuk aksi Piala
Dunia.
"Pilihan yang ada juga
terlalu ramai tambahan pula semua pemain muda mempunyai tahap prestasi yang
sungguh meyakinkan.
"Sekiranya sekarang ini
saya diminta memilih pemain untuk berada dalam skuad England pasti saya akan
pening kepala memikirkannya," kata Hodgson. - AFP
RUJUKAN:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20131227/sl_03/Hodgson-terpegun-aksi-pemain-muda#ixzz2oe4l3OnP
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment