SCHUMACHER mengalami
pendarahan dalaman yang teruk di kepalanya.
LYON, Perancis - Bekas
juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher berada dalam
keadaan amat kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di French Alps,
kelmarin.
Pemandu dari Jerman
berusia 44 tahun itu yang kini dalam keadaan koma selepas disahkan mengalami
kecederaan dalaman dan kerosakan tisu serta kranium bengkak.
Ini adalah kesan serius
akibat kepalanya terhantuk ke batu.
Menurut ketua anestatik
Hospital CHU Nord, Gronoble, Jean-Francois Payen, bekas juara dunia itu kini
diletakkan di bawah pengawasan pakar otak dan saraf, Profesor Gerard Saillant
yang juga merupakan rakan baiknya.
Sehingga ini, Schumacher
telah menjalani dua pembedahan sejak dia dimasukkan ke hospital.
"Kami tidak tahu apa
yang akan berlaku selepas ini kerana Schumacher kini berada dalam keadaan
sangat buruk. Kami mengawasinya setiap jam.
"Kami mengejar setiap
detik untuk menyelamatkan dia," ujar Payen dalam satu sidang akhbar.
Legenda F1 dari Jerman itu
yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Januari depan, merupakan
pelumba paling berjaya dengan melakar rekod 91 kemenangan ketika bersama
Ferrari dan Benetton.
Schumacher bersara buat
kali kedua pada penghujung tahun 2012 selepas tiga tahun bersama Mercedes dan
menetap di Switzerland bersama isteri dan dua orang anak. - Reuters
SUMBER RUJUKAN: KOSMO
ONLINE 31.12.13
No comments:
Post a Comment