Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Kota Bharu: Pemain bek
Kelantan, Nik Shahrul Azim Abd Halim mahu menambat hati jurulatih, Steve Darby
selepas pulih dari kecederaan bagi memastikan namanya berada kesebelasan utama
sebaik saingan Liga M 2014.
Nik Shahrul yang mengalami
kecederaan lutut ketika membantu Harimau Muda menjulang Piala Pestabola Merdeka
September lalu turut terlepas peluang menyertai skuad bimbingan Datuk Ong Kim
Swee di temasya Sukan SEA Myanmar baru-baru ini. Bagaimanapun kecederaan yang
dialami sudah beransur pulih dan dia dibenarkan menjalani latihan lebih lasak
sekali gus membuatkan pemain berusia 22 tahun dari Rantau Panjang, Kelantan itu
tekad berusaha keras untuk memikat pengendali baru The Red Warriors (TRW) itu. Katanya,
selepas berlaku rombakan besar dalam senarai pemain TRW bagi saingan musim
depan Nik Shahrul mengakui terdapat saingan untuk merebut tempat terutama di
posisinya di bahagian pertahanan.
PEMAIN Kelantan mula susun
strategi.
“Sekarang pasukan dibimbing
jurulatih baru dan saya perlu menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan tempat
ataupun kesebelasan utama. Saya lega kecederaan dialami semakin pulih dan saya
yakin dapat beraksi sebaik musim bermula,” katanya selepas sesi latihan di
Padang MARDI, Pasir Tumboh.
Sementara itu Darby berkata,
Nik Shahrul sudah kembali pulih dan mampu menjalani latihan lasak selain
mempercayai kebolehan pemain muda itu untuk beraksi mantap di bahagian
pertahanan.
Katanya, sebagai pemain muda
yang mempunyai pengalaman beraksi dengan pasukan kebangsaan, dia perlu
menunjukkan kesungguhan selepas pulih daripada kecederaan dan mengekalkan
prestasi cemerlangnya seperti musim lalu.
MYMETRO ONLINE : 2013/12/27
No comments:
Post a Comment