Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD
AL-BAKRI
MASJID Quba' di Madinah
merupakan masjid yang terawal dibina atas dasar takwa.
DAN sesungguhnya Tuhanmu
(pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian
mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Nahl: 110)
Ibnu Jarir berkata: âSesungguhnya Tuhanmu wahai Muhammad bagi sesiapa yang berhijrah dan berpindah ke negeri Islam selepas berada dalam fitnah
golongan musyrikin sudah pasti akan mendapat kebaikan daripada Allah SWT."
Ibnu Kathir berkata: âDi sana terdapat golongan mustadafiin tinggal di Mekah dalam keadaan hina
dan terdedah daripada fitnah.â
Sayyid Qutub berkata: âMereka adalah terdiri daripada orang-orang Arab yang lemah. Mereka ditindas
oleh kaum Musyrikin yang zalim supaya meninggalkan agama Islam yang
telah dianuti mereka. Mereka ditindas dengan azab seksa dan lainnya, tetapi
mereka telah berpindah dari Mekah selepas penindasan-penindasan itu setelah
mereka mendapat peluang berbuat begitu dan setelah keIslaman mereka mencapai
tahap yang baik. Mereka telah berjihad kerana agama Allah dengan sabar dan
gigih memikul tugas-tugas dakwah. Oleh itu, Allah menyampaikan berita kepada
mereka bahawa Dia akan mengurniakan keampunan dan limpah rahmat-Nya kepada
mereka.â
Saya ingin mengemukakan
satu episod hijrah baginda SAW ketika singgah di Qubaâ dan memasuki kota Madinah.
Pada hari Isnin 8
Rabiulawal tahun 14 Kenabian, tahun pertama hijrah bersamaan 622M, baginda tiba
di Qubaâ. (rujuk Rahmah Li al-Alamin 1/102.)
Pada hari tersebut
genaplah usia Rasulullah SAW 53 tahun, sementara kenabiannya genap 13 tahun.
Ini berdasarkan pendapat yang mengatakan baginda dilantik menjadi Nabi pada 9
Rabiulawal tahun 41 Tahun Gajah.
Urwah bin al-Zubair
berkata: âOrang-orang Islam di Madinah mendengar Rasulullah SAW telah
keluar dari Mekah. Setiap pagi mereka akan keluar ke padang lapang untuk
menanti ketibaan NAbi SAW. Apabila panas semakin terik, mereka pulang dan terus
menanti dengan penuh kehampaan setiap kali menunggu. Setelah pulang ke rumah
masing-masing, seorang lelaki Yahudi mendaki salah sebuah tembok kepunyaan
mereka untuk melakukan sesuatu tugas. Tiba-tiba, dilihatnya Rasulullah SAW dan
sahabatnya berpakaian putih terlindung oleh fatamorgana.â
Dia tidak dapat menahan
perasaannya lalu bersuara: âHai sekalian orang Arab,
inilah pemimpin kamu yang dinanti-nantikan. Lalu orang Islam segera keluar
dengan membawa senjata masing-masing.â (rujuk
Sahih al-Bukhari 1/55)
Ibnu Qayim berkata: âKedengaran bunyi riuh-rendah dan takbir di perkampungan
Bani âAmru bin Auf dan orang-orang Islam turut bertakbir lantaran terlalu gembira
dengan kedatangan Baginda SAW. Mereka segera keluar untuk bertemu Rasulullah
SAW dan mengalu-alukan kedatangan seorang Nabi. Mereka mengelilingi Baginda dan berpusing di sekitarnya.â
Ketenangan menyelubungi
diri baginda lantas turun wahyu Allah SWT yang bermaksud: Kerana sesungguhnya
Allah adalah Pembelanya, dan selain daripada itu Jibril serta orang-orang yang
soleh daripada kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga
menjadi penolongnya. (al-Tahrim: 4)
Urwah bin al-Zubair
berkata: âMereka bertemu Rasulullah SAW dan Baginda mengambil kedudukan di sebelah
kanan mereka sehingga Rasulullah SAW berhenti di tempat Bani Amru bin Auf. Hari tu ialah hari Isnin, bulan Rabiulawal. Kemudian
Abu Bakar r.a bangun mengadap manusia sementara Baginda berdiam diri. Orang
Ansar yang tidak pernah melihat Rasulullah SAW segera mengalu-alukannya.â
Dalam riwayat lain
menyebutkan: âMereka segera datang kepada Abu Bakar r.a dan apabila matahari terik
mengenai Rasulullah SAW, lantas Abu Bakar r.a tampil menaungi Baginda dengan
kain selendangnya. Justeru, tahulah mereka yang mana satu Rasulullah SAW.â (rujuk Sahih al-Bukhari 1/555)
Semua penduduk Madinah
bergegas menyambut kedatangan Nabi SAW. Tatkala itulah orang Yahudi melihat
sendiri benarnya perkhabaran Nabi Habquq dalam kitab mereka: âSesungguhnya Allah datang dari Tayman dan Quddus datang dari bukit-bukit
Faran.â (rujuk Sahifah Habaquq 3/3)
SEMASA di Qubaâ, Rasulullah SAW singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. Ada pendapat
mengatakan: Bahawa baginda singgah di rumah Saâad bin Khaithamah. Pendapat yang pertama adalah lebih thabit dan kuat.
Ali bin Abu Talib r.a pula berada di Mekah selama
tiga malam. Sehingga dapat menyelesaikan semua barang-barang amanah orang yang
disimpankan kepada baginda. Kemudian, dia berhijrah dengan berjalan kaki
sehingga menemui Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a di Qubaâ dan dia singgah di rumah
Kalthum bin al-Hadam. (rujuk Zad al-Maâad 2/54, Sirah Ibnu Hisham
1/493 dan Rahmah Li al-Alamin 1/102)
Di Qubaâ Rasulullah SAW menetap selama empat hari iaitu pada hari Isnin, Selasa,
Rabu dan Khamis. Baginda membina Masjid Qubaâ dan bersembahyang di dalamnya. Itulah masjid pertama
dibina atas dasar takwa selepas baginda menjadi Nabi. Pada hari Jumaat dengan
perintah Allah SWT, baginda bergerak menuju Madinah bersama Abu Bakar.
Baginda menghantar utusan
kepada Bani al-Najjar yang merupakan kaum kerabat bapa saudara baginda sebelah
ibu. Kemudian mereka datang dengan membawa pedang. Baginda bertolak menuju ke
Madinah dan waktu solat Jumaat, Baginda sampai di kampung Bani Salim bin Auf.
Di situ, baginda bersolat berjemaah dengan 100 orang lelaki. (rujuk Sahih al-Bukhari
1/555, 560. Zad al-Maâad 2/55. Sirah Ibnu Hisham 1/494. Rahmah Li
al-Alamin 1/102)
Tiada tandingan
Berdasarkan pengamatan,
jelas menunjukkan hijrah mempunyai pelbagai kelebihan yang tiada tandingan dan
bandingan. Isu pengorbanan merupakan perkara pokok dalam hijrah yang telah
dijelmakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Penulis menukilkan dari buku
Mengenali Rasulullah SAW antara lain menyebut: Allah SWT mensyariatkan prinsip
berkorban dengan harta dan tanah air demi mepertahankan akidah dan agama
apabila diperlukan.
Dengan pengorbanan ini
sebenarnya umat Islam telah memelihara harta, negara dan kehidupan walaupun
kelihatan pada awalnya mereka kehilangan segala-galanya.
Tidak syak lagi di dalam
usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwah dan sikap saling membantu merupakan
asas pertolongan dan kemenangan umat Islam pada setiap masa. Sebaliknya kecuaian
dalam menjalankan perintah Allah, inilah merupakan punca kemerosotan umat Islam
dan perpecahannya. Hinggakan mereka seperti boleh dikoyak-koyakkan oleh
seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131227/ba_01/Balasan-orang-bersabar#ixzz2p4YDaUKN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment