Ad

Sunday, 29 December 2013

Welbeck tonggak baru United: Moyes


Welbeck tonggak baru United: Moyes
Welbeck (dua kiri) dan rakan sepasukan meraikan jaringan ketika menentang Norwich, kelmarin.
Norwich: David Moyes mengharapkan Danny Welbeck untuk memainkan peranan utama dalam usaha Manchester United mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas penyerang England itu meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Norwich, kelmarin.

Moyes tidak dapat menurunkan dua penyerang utamanya, Robin van Persie atau Wayne Rooney akibat kecederaan malah merehatkan Welbeck di bangku simpanan Carrow Road sebelum penyerang berusia 23 tahun itu meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-57 yang juga kemenangan kelima berturut-turut United dalam semua kejohanan.

 “Jika kamu melihat Danny sekarang, dia memainkan peranan penting untuk Manchester United,” kata Moyes. “Jelas gol jaringannya menjadi perbezaan namun prestasi Danny merubah permainan.

Pemain kepenatan
 “Kami boleh meletakkannya dalam kesebelasan utama namun dia sudah banyak beraksi. Kami cuba memastikan keseluruhan skuad berpeluang untuk beraksi dengan memberikannya peluang membuktikan apa yang mampu dilakukannya.
 “Danny bermain amat baik ketika menentang Hull City namun nampak agak kepenatan, jadi kami memutuskan untuk tidak meletakkannya sebagai kesebelasan utama,” kata Moyes dengan United kini di tangga keenam liga, ketinggalan dua mata di kedudukan empat teratas menuju tahun baru.

Rooney makin pulih
Welbeck yang menggantikan pemain veteran, Ryan Giggs meledak jaringan ketujuhnya buat United musim ini selepas bijak mengambil kesempatan apabila pertahanan Norwich, Ryan Bennett gagal mengeluarkan bola. Ia jauh mengatasi jumlah jaringannya musim lalu yang hanya meledak dua gol membuatkan Moyes percaya Welbeck akan lebih berbahaya di depan gawang gol lawan. - AFP


No comments:

Post a Comment