Ad

Sunday 29 December 2013

Perlis ulangi kejayaan Perlis 2009

MOHD FAHMI ISMAIL DAN WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
30 Disember 2013
Perlis ulangi kejayaan Perlis 2009
Perlis ulangi kejayaan Perlis 2009
PERLIS menutup tirai 2013 penuh bergaya apabila memenangi Proton Piala Emas Raja-Raja dengan menumpaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas terikat tanpa jaringan masa sebenar perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Ini kali kedua skuad bergelar Singa Utara mengecewakan Kedah apabila turut menang pada edisi final 2009 juga di stadium sama.

Perlawanan hambar pada awal babak pertama dengan pelawat lebih banyak mendominasi permainan.

Kedah sepatutnya memperoleh jaringan tetapi percubaan Syamim Alif sekadar singgah di tiang Perlis dan satu lagi sempat diselamatkan benteng pertahanan.

Tiada sebarang gol dilakukan dalam babak kedua sehingga memaksa permainan diheret ke masa tambahan 30 minit.

Tuah nyata milik anak buah Norizan Bakar apabila keluar sebagai pemenang dengan keputusan 7-6 penentuan penalti.

Bagi Kedah, mereka sekali lagi  berputih mata selepas tewas kepada Perak pada pentas akhir, tahun lalu.

Jaringan penalti Perlis dijaringkan Ikmal Faiz Azmi, Anas Shaharom, Nashrul Syazrin Roslan, Andrien Jurad Chamrong, Haziq Muiz Abdul, Nasri Ahmad Tauhid dan Hazwan Zainun.

Manakala Kedah pula oleh Syafiq Ahmad, Irwan Syazmin Wahab, Syamim Alif Sobri, Kamal Azira Abd Manah, Ridzuan Rumlee dan penjaga gol, Muhaimin Mohamad.

Trofi kejuaraan disampaikan Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

SINAR HARIAN ONLINE 30.12.13

No comments:

Post a Comment