Oleh Bashah Zainol Abidin
KHYRIL MUHYMEEN
Alor Setar: Keputusan
perlawanan ujian bukan boleh dijadikan ukuran kemampuan pasukan Kedah pada
saingan Liga Perdana 2014 termasuk perlawanan malam ini bertemu T Team di
Stadium Darulaman, tegas jurulatih David Mitchell.
Menurutnya, kekalahan 0-1
kepada Pulau Pinang minggu lalu hanyalah untuk mencuba semua pemain bagi
melihat kemampuan dan juga posisi serasi dengan mereka.
“Esok (malam ini) juga saya
akan memberi peluang sekali lagi kepada pemain untuk membuktikan kemampuan
mereka dan peluang keemasan ini tidak boleh dipersiakan,” katanya.
Katanya, beliau sengaja
mengubah kesebelasaan utama Kedah untuk mengetahui pemain manakah yang mampu
melaksanakan tugas berkesan dalam misi pasukan memburu kemenangan.
“Tambah pula saya boleh memilih
pemain gantian andai tonggak mengalami kecederaan atau penggantungan FAM.“Sehingga
kini saya memang puas hati dengan prestasi pasukan. “Pemain membuktikan
semangat dan kesungguhan mereka untuk mendapat tempat, cuma mereka belum dapat
mengamalkan corak permainan yang saya terapkan dengan sempurna,” katanya.
Kehadiran semula Khyril
Muhymeen Zambri yang tidak beraksi pada perlawanan lalu kerana urusan keluarga
pasti akan menajamkan kembali bahagian serangan. “Saya juga yakin dengan
kemampuan barisan pemain muda dari skuad Harimau Muda A melaksanakan tugas
mereka seperti yang diharapkan. “Kini kita dalam proses mencari gandingan
terbaik dalam kesebelasan utama,” tegasnya. Mitchell berkata tidak ada tempat
secara automatik kepada pemain kecuali mereka sendiri buktikan mereka adalah
yang terbaik dalam pasukan.
MYMETRO ONLINE : 2013/12/27
No comments:
Post a Comment