Ad

Saturday, 28 December 2013

‘Guna kelebihan padang sendiri’

Oleh Bashah Zainol Abidin

Alor Setar: Pemain Kedah perlu menggunakan kesempatan beraksi di Stadium Darulaman pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja Proton malam ini selepas gagal memenanginya di Ipoh musim lalu.

Ketua jurulatih Hussain Jaafar berkata, kini terserah kepada pemainnya untuk menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri berdepan Perlis dengan sokongan ribuan peminat setia mereka.

“Saya yakin pemain saya mengetahui hanya satu lagi kemenangan bagi mereka menjulang Piala Emas Raja-Raja selepas kejayaan pada 2005 dengan mengatasi Kelantan 1-0 di Kota Bharu.

“Anak Buah saya berjaya mengatasi segala cabaran untuk layak ke perlawanan akhir dan mereka mengetahui inilah perlawanan penentu dan mereka pasti akan memberikan prestasi terbaik untuk menceriakan peminat setia pasukan serta Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK).

“Bagi diri saya sendiri, ini juga akan menjadi satu sejarah dalam karier saya sebagai ketua jurulatih pasukan Piala Emas kerana inilah pengalaman pertama saya memikul tugas ini pada pertandingan sebesar ini,” kata Hussain.

Mymetro : 2013/12/28     

No comments:

Post a Comment