Ad

Sunday, 29 December 2013

Jus tomato elak barah payu dara

Minum segelas jus tomato sehari mungkin membantu wanita mengelak mendapat barah payu dara dan prostat.

 
Wanita yang mengamalkan minum atau makan tomato dapat meningkatkan hormon dan dipercayai melindungi mereka daripada penyakit itu. Penyelidik Amerika Syarikat berkata, kelebihan makan banyak tomato dan produk berasaskan tomato walaupun untuk jangka pendek ia mampu memberi manfaat untuk kesihatan.


Sebagai contoh, segelas jus tomato mengandungi kadar lycopene terutama berwarna merah terang dipercayai membantu mencegah barah prostat.

Mereka yang tidak gemar jus tomato boleh mempelbagaikan cara penyediaan hidangan seperti dijadikan sup, menambah sesudu sos tomato dalam pasta setiap hari.

Tingkat paras hormon
Penyelidik Universiti Rutgers di New Jersey, mengukur paras hormon 70 wanita berusia 55 tahun ke atas sebelum dan selepas menambah pengambilan tomato selama 10 minggu.
 Mengikut laporan Journal of Clinical Endocrinology & Metabolisme, kadar lycopene dalam segelas jus tomato sehari meningkatkan paras hormon adiponectin kepada sembilan peratus,

Kawal paras lemak
 Adiponectin mengawal paras lemak dan obesiti diketahui meningkatkan kemungkinan mendapat barah payu dara.Kebanyakan wanita kurus mempunyai kadar tinggi hormon terbabit.Penyelidik Adana Llanos berkata: “Penemuan itu menunjukkan kepentingan pencegahan obesiti. Mengamalkan diet kaya dengan tomato mempunyai kesan besar ke atas paras hormon dalam kalangan wanita yang mengekalkan berat badan ideal.” - AGENSI

BERITA HARIAN ONLINE 29.12.13

No comments:

Post a Comment