Misi Hitam 92 tahun
Wan Hitam Wan Sulong atau misi
Hitam berkhidmat sebagai polis wanita mulai tahun 1948 hingga 1962.[1]
Beliau kini berusia 92 tahun dan tinggal di Kampung Bukit Perah, Batu Kikir,
Negeri Sembilan.Ketika menjadi AC, gaji Misi Hitam RM102.00 sebulan. Misi hitam
pernah menyertai operasi menjejak komunis dalam hutan sekitar Negeri Sembilan
dan bertugas sebagai pembawa bom tangan. Misi Hitam pernah terserempak dengan
Shamsiah Fakeh ketika beliau melawat bapanya yang sakit di Hospital lama Kuala
Pilah. Tetapi Misi Hitam gagal menangkap Shamsiah Fakeh kerana semua anggota
polis menjadi kaku dan bisu bila dengan
beliau.[2]
No comments:
Post a Comment