30 Disember 2013
KTM
KUALA LUMPUR -
Perkhidmatan KTM komuter akan beroperasi 24 jam bermula esok hingga 1 Januari
sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014.
Menurut kenyataan KTM
Berhad, perkhidmatan terus menerus disediakan bagi memberi kemudahan
pengangkutan kepada orang ramai meraikan sambutan tahun baharu yang dianjurkan
di beberapa lokasi di sekitar ibu kota seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit
Bintang.
KTM Berhad menyediakan 36
tren tambahan di antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi dengan kekerapan
setiap 30 minit hingga jam 2 pagi dan setiap 60 minit sehingga jam 5 pagi bagi
laluan pergi balik Rawang ke Sg Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
KTM Berhad menasihatkan
para penumpang agar membeli tiket dua hala bagi mengelakkan kesesakan di
kaunter dan mesin tiket ketika waktu pulang.
"Pada pelanggan juga
dinasihatkan sentiasa memastikan semua tanda dan arahan keselamatan dipatuhi
sepenuhnya. KTMB juga akan menyediakan jumlah kakitangan tambahan yang
mencukupi bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna terjamin,"
menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut
orang ramai boleh menghubungi KTM Berhad di talian 1300-88-5862. - Bernama
SUMBER RUJUKAN SINAR
HARIAN ONLINE ;30.12.13
No comments:
Post a Comment