Kampung albino
Oleh Suraya Roslan
Seremban: Siapa sangka walaupun
ibu bapanya tidak mempunyai keturunan albino, namun gadis ini dilahirkan dalam
keadaan cukup unik, iaitu serba putih.
Norsyazwani Mohd Ghazali, 16,
yang kerap diejek ‘hantu putih’ dan ‘anak patung berjalan’ oleh rakan
sekolahnya dilahirkan albino walaupun ibu bapa dan kakaknya tidak mempunyai
penyakit itu.
Ibunya, Salmah Adam, 53,
berkata, dia suami, Mohd Ghazali Hashim, 54, masing-masing dari Kampung Gunung
Pasir, Kuala Pilah dan ramai kanak-kanak albino dilahirkan di situ.
“Mungkin ramai tidak tahu
beberapa kampung di daerah Kuala Pilah seperti Kampung Gunung Pasir, Kampung
Sikai, Kampung Sri Pilah, Kampung Terap, Kampung Praku, Kampung Senaling dan
Kampung Ulu Pilah menjadi perkampungan albino apabila jumlah masyarakat albino
di situ agak ramai
“Berkemungkinan kami terkena
‘angin’ penyakit itu ketika tinggal di sana bersama suami berikutan tiada
seorang pun keturunan kami mempunyai penyakit albino,” katanya kepada Harian
Metro, di sini.
Mymetro :
2013/12/28
No comments:
Post a Comment