Oleh Asrol Awang
Kuantan: Penyerang import
Pahang Dickson Nwakaeme mahu membuktikan kemampuan sebenar membantu skuad Tok
Gajah bagi menghadapi saingan Liga M 2014.
Sehubungan itu, Nwakaeme yang
juga bekas pemain Kelantan mengharapkan sokongan bukan saja daripada rakan
malah penyokong setia Pahang yang begitu kuat sebelum ini sehingga Pahang
bergelar juara Piala Malaysia.
Menurutnya, prestasi mantap
dipersembahkan skuad itu mendorongnya untuk membantu Pahang mencatat lebih banyak
kejayaan biarpun berdepan cabaran lebih hebat musim depan, “Saya percaya boleh
melakukannya dan kini berasa selesa dengan barisan pemain sedia ada dan jika
segalanya berjalan lancar, semuanya yang diinginkan mampu dicapai,” katanya
semalam.
Mengulas keputusan menyarung
jersi Pahang selepas dikatakan berminat beraksi bersama kelab luar, Nwakaeme
berkata, keseriusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) membuatkan
dirinya nekad terus berada di negara ini.
Justeru, pemain kelahiran
Nigeria itu akan membuktikan bahawa kehadiran dalam skuad kendalian Ronald
Smith itu akan memberi petanda positif buat skuad Tok Gajah.
“Saya harap sokongan daripada
semua pihak untuk memastikan keputusan terbaik buat Pahang selepas skuad ini
menjulang Piala Malaysia.
“Sudah pasti mereka (PBNP) mahu
lebih banyak kejayaan dan sebagai pemain saya akan berusaha melakukan yang
terbaik,” katanya.
MYMETRO ONLINE : 2013/12/27
No comments:
Post a Comment