MARLISSA MOHAMMAD KAMAL-30
Disember 2013
Anjakan kutub bumi
KEADAAN cuaca tidak
menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai
mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.
Selain itu, pemanasan
global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian
Geophysical Research Letters.
Laporan penyelidik
Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat
di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada
setiap tahun sejak 2005.
Difahamkan, bermula 1982
hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian
utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter
setahun.
Sejak 2005, kutub mula
bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7
miliarsecond setahun.
Kumpulan saintis telah
sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi
penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.
Selain itu, pencairan ais
juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat
daripada anjakan kutub pada 2005.
Medan magnet bumi
berganjak
Pada 2011, medan magnet
bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis
menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000
tahun.
Keadaan itu menyebabkan
arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara
berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.
Susulan daripada perubahan
itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa
melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan
anjakan medan Kutub Utara.
Saintis menganggarkan pada
setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub
bumi.
Bagaimanapun, pendedahan
pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan
Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.
Perubahan itu menyebabkan
medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada
24 bulan.
Apabila peralihan tersebut
berlaku, kutub akan berada pada
kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.
Menurut Conall Mac
Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah
dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.
“Kekuatan medan magnet
Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.
"Setiap 250,000 tahun
sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut
dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum
kewujudan manusia,” katanya lagi.
Sehingga kini, saintis
gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu
terjadi.
Waktu lebih singkat
Ahli geofizik Nasa,
Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira
1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan
9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.
“Gempa kelima terkuat di
dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24
jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.
Difahamkan, gegaran
dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter
dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer
selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.
Ahli Geofizik Pusat Kajian
Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga
Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan
kawasan yang besar selepas gempa berlaku.
SINAR HARIAN ONLINE
30.12.13
No comments:
Post a Comment