Harimau Muda A tetap ke
Australia
Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my
Ong Kim Swee
KUALA LUMPUR - Segala pelaburan
besar dan persediaan rapi yang diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk
skuad Harimau Muda bagaikan tidak berbaloi apabila mereka gagal mempertahankan
gelaran, ditambah pula pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA Myanmar
baru-baru ini.
Sehingga kini, episod
kekecewaan itu masih lagi menjadi bualan ramai meskipun hampir seminggu peristiwa
tersebut berlalu, tidak kurang ramai yang memuji skuad emas itu.
Dalam pada itu, mungkinkah
babak sedih akan berlarutan sedangkan pelbagai ikhtiar sudah dipergiatkan, dan
terbaru skuad Harimau Muda A disahkan bersaing dalam Liga Australia (Liga-A)
musim 2014/2015 mulai Oktober tahun depan.
Menurut Jurulatih Harimau Muda
A, Datuk Ong Kim Swee, inisiatif tersebut wajar diteruskan walaupun skuad
kendaliannya sedang meniti detik-detik yang mengecewakan.
Memang itu tujuan kita
sebenarnya, tidak bermakna sekali kita gagal, kita harus hentikan semua
perancangan ini. Kalau tarik diri, bermakna kita pengecut dan kita tidak
belajar sesuatu daripada pengalaman.
Kita perlu menilai dan padang
dari sudut positif. Bagi saya, kalu kita hantar mereka sana (Liga A) maka dari
situ banyak pendedahan yang amat berguna dapat diterima.
Ini pelaburan jangka masa
panjang demi melihat perkembangan bola sepak negara semakin meningkat dan ia
akan menguntungkan skuad negara satu hari nanti.
Pemikiran di luar kotak perlu
berterusan di mana rancangan rapi bukan sahaja pemain berusia 12 hingga 17
tahun sahaja, tapi ia melibatkan keseluruhan," katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia, semalam.
Selain Harimau Muda A, turut
mendapat tempias ialah Harimau Muda B yang bersaing di Liga Singapura manakala
skuad bawah 19 tahun negara akan ke Vion, Slovakia pada Julai hingga November
tahun depan selepas bersaing dalam Piala FAM.
Spekulasi sama ada Kim Swee
mahu terus kekal memacu Harimau Muda A selepas melalui detik pahit itu, beliau
mengakui masih belum memikirkannya.
Dalam bola sepak, macam-macam
boleh berlaku, terutama jurulatih. Di mana-mana ada pilihan terbaik, itu
sesuatu perkara yang saya akan fikirkan kemudian. Tapi buat masa ini biarlah
saya berehat dulu. Apabila saya balik daripada bercuti nanti saya akan selesaikan
semua masalah atau semua kata putus ke mana hala tuju saya selepas ini,"
katanya.
Masa depan jurulatih itu
terjawab kelmarin, selepas FAM memutuskan untuk melanjutkan kontrak Kim Swee
yang berakhir 31 Disember ini.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131226/su_01/Harimau-Muda-A-tetap-ke-Australia#ixzz2oX4KYmVI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment