MENJEJAK KUBUR SEPUTUM
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
R&D Merdeka 2014
Kubur Seputum merupakan
tempat pertama yang saya lawati sebaik
sahaja menginap di Resort Pasir Salak.Nama Seputum ditulis sebagai Si Puntum di
Makam Tanah Perkuburan Pasir Salak Kubur Seputum terletak di kawasan Tanah
Perkuburan di Pasir Salak bersebelahan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Menurut Abdullah Zakaria
Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu
Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh
JWW Birch pada 2 November 1875.Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub
Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak Birch dengan pedang di
kepala. Seputum dibicarakan dijatuhkan hukuman gantung pada 20 Mei 1876
Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Mukim Pasir Salak
Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch pada 2 November 1875.Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak Birch dengan pedang di kepala. Seputum dibicarakan dijatuhkan hukuman gantung pada 20 Mei 1876.
Makam Si Puntum
Memorial Si Puntum
No comments:
Post a Comment