30 Disember 2013
Wayne Rooney Rooney (kanan) dijangka beraksi bertemu Spurs, Khamis ini.
BERITA baik untuk kem Manchester United apabila penggempur berbisanya, Wayne Rooney siap sedia diturunkan menjelang pertembungan menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.
Kelmarin, United berjaya memungut tiga mata penuh ke atas Norwich City walaupun tanpa kehadiran pemain bernombor 10 itu.
Rooney terpaksa diketepikan berikutan alami kecederaan pangkal paha, tapi pengurusnya, David Moyes percaya beliau mampu kembali beraksi dalam masa terdekat.
"Lazimnya, masalah yang dihadapi Rooney bakal membuat seseorang pemain berehat antara dua atau tiga minggu. Tapi, mujur kecederaannya tidak terlalu parah.
"Dia juga sempat beraksi ketika melawan Stoke. Saya harap beliau segera sembuh untuk perlawanan dengan Spurs," katanya.
Sementara itu, Moyes mengesahkan Robin van Persie juga bakal kembali dalam kesebelasan utama The Red Devils.
“Robin sudah melakukan latihan ringan dan mungkin boleh bermain tidak lama lagi,” katanya.
SUMBER RUJUKAN SINAR HARIAN ONLINE ;30.12.13
No comments:
Post a Comment