Ad

Monday 30 December 2013

Perarakan Piala Malaysia singgah di Maran

 
TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (empat kanan) memegang piala berprestij Piala Malaysia sambil diperhatikan Ismail Abdul Muttalib (tiga kanan) dalam majlis meraikan pasukan Pahang di Dataran Teksi Maran, Pahang, baru-baru ini.
MARAN 28 Dis. - Perarakan Piala Malaysia yang dimenangi Pahang bulan lalu diteruskan apabila singgah ke daerah ini untuk tatapan peminat bola sepak yang setia menyokong skuad Tok Gajah baru-baru ini.

Program itu dimulakan dengan perarakan piala tersebut bermula dari Kelab Golf Maran diiringi Kelab Berbasikal Maran, Kelab Pacuan Empat Roda Maran serta Kelab Bola Sepak Maran mengelilingi bandar Maran sehingga ke Dataran Teksi di sini.

Kehadiran ribuan peminat bola sepak tempatan di dataran itu bukan sahaja untuk menemui skuad Tok Gajah tetapi ingin melihat piala tersebut dengan lebih dekat.

Yang turut hadir Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Yang turut serta Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail; ADUN Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Menurut Ismail, pada majlis itu, Tengku Abdul Rahman turut menyampaikan bonus kepada pemain Pahang yang bukan sahaja merampas piala tersebut tetapi juga melonjakkan momentum rakyat negeri ini terhadap bola sepak.

"Ini merupakan satu kebanggaan kepada rakyat Pahang kerana penantian selama 21 tahun akhir tercapai dan diharap skuad Tok Gajah meneruskan kecemerlangan pada musim depan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

SUMBER RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20131229/wp_03/Perarakan-Piala-Malaysia-singgah-di-Maran#ixzz2oxXWxj7W © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment